kemuliaan dan kelebihan bulan Rejab
Published by EnoylEyoyy!! under on Tuesday, May 22, 2012Assalammualaikum salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
sedar tak sedar hari nieh dah masuk bulan rejab . kann ? tak lama ag dah nak puasa .
so post kali niehh nak berkongsi benda baik bersama-sama . dapat pun dari friend fb .
sy copy paste . huhuh .
kemuliaan dan kelebihan bulan Rejab :
- Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT, dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rajab/Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
- Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rajab maka akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT.
- Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada 1, 2, dan 3 Rejab maka Allah SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia, dan siksa akhirat.
- Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, Insyaallah permintaannya akan dikabulkan.
- Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga.
- Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
- Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. : “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Maka berkata Jibrilb a.s. : “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau dibulan Rejab ini”.
- Dalam salah satu riwayat lainya menceritakan bahwa Tsauban tengah bercerita : “Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada Allah SWT. Lalu saya bertanya kepada beliau:”Ya Rasulullah mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda :”Wahai Tsauban, mereka itu sedang disiksa dalam kuburnya, dan saya berdoa kepada Allah, lalu Allah meringankan siksa atas mereka”. Dan lalu beliau bersabda lagi: “Wahai Tsauban, kalau mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Lalu Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa 1 hari dan beribadah 1 malam dalam bulan Rajab sudah dapat mengelakkan dari siksa kubur?” Sabda beliau: “Wahai Tsauban, demi ALLAH dzat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana Allah, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun.”
- Dalam Sabda beliau yang lain (mursal) Riwayat Abul Fath dari al-Hasan, Rasulullah mengatakan: “Sesungguhnya Rejab adalah bulannya Allah, Sya’ban adalah bulanku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku”. “Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka.
Waallahualam.





